Novel Cinta Melayu

Drama melayu dari novel ni sebenarnya ada ketidak aslian bukan dari segi jalan cerita tapi dari karekter yang membawanya. Pelakun pun macam kayu drama melayu novel patutnya kalau perempuan ada ayunya dan lelaki ada kerasnya baru ada konlifk ni poyo je lebih semua orang kaya poyo. Ada tengok gak drama melayu online kat tengokmovie. Dapatkan alert terbaru tentang puisi, cerpen, novel dan blog di Kapasitor.net terus ke emel anda.

Bab 2 Setelah meletakkan ubat di sisi katil Haji Mukhri, Karmiza menutup pintu kamar dengan perlahan. Tidak mahu mengganggu tidur atuknya.

Dia memandang jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul 2. Suaminya masih belum balik lagi. Karmiza sudah mula berasa ngantuk lalu dia menuju ke tingkat bawah mahu meneguk air kosong sebelum tidur. Bunyi kereta dari luar menarik perhatiannya. Karmiza segera menjengah di luar tingkap.

Senyuman sudah lebar menghiasi wajahnya. Gembira akan kepulangan suami di sisi. Cepat-cepat dia membukakan pintu untuk suaminya. Belum sempat dia menyapa Saifullizan, senyuman di bibir terus mati sebaik sahaja bau yang tak enak menjengah hidungnya. Lubaabun nuqul pdf.

Kembang kempis hidungnya mencium bau hanyir itu. Mahu sahaja termuntah di situ. Dia benar-benar tidak tahan dengan bau busuk itu.

Saifullizan masuk tanpa mempedulikan ekspirasi isterinya. Dia sudah tahu, pasti Karmiza memikirkan yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi bau arak itu ternyata kuat sekali. Dari jauh Karmiza sudah menutup hidungnya. “Abang dah balik?” Suara Karmiza terdengar sedikit sengau dek hidung yang dipicitnya. Saifullizan menahan gelak bila mendengar suara sengau itu. “Kalau aku belum balik, tak adalah aku kat depan pintu ni,” Bidas Saifullizan.

Pandai pulak dia jawab soalan aku. Nampak macam masih waras. Tak ada pun tanda-tanda dia tengah mabuk. Kalau tak, dah lama jalan macam ular kena palu. Ni aku tengok, straight je dia jalan. Waraslah tu,’ Simpul Karmiza dalam hati.

Serta-merta, senyuman yang mati tadi kembali terukir di bibir. Saifullizan menjeling pada isterinya. Pelik melihat Karmiza yang tersenyum lebar. Tiada satu pun bebelan yang terkeluar dari bibir munggil itu. Yang dia lihat hanyalah senyuman sampai ke telinga. Hairan bin pelik! “Awak dah makan belum?

Lauk masih ada kat dapur. Saya boleh panaskan untuk awak,” Karmiza masih berdiri di sisi suaminya sambil tangan tak lepas dari memicit hidung. Dahi Saifullizan sudah bercantum. News about dolly parton. Karmiza langsung tiada tanda-tanda marah pada bau busuk yang melekat pada tubuhnya.

Malah, dilayannya lagi dengan baik dan masih mahu menghidangkan makanan padanya. “Kau ingat aku ada selera ke dengan bau badan macam ni? Kau pun tak mampu nak cium bau busuk ni, kan?” Duga Saifullizan. Karmiza menggeleng seraya tersenyum. “Saya tak kisah.

Awak pergilah mandi dulu. Nanti saya hidangkan awak makan malam,” “ Kau tau tak bau apa yang busuk kat badan aku ni?” Karmiza terdiam seketika. Dia menggeleng selepas itu.

Novel cinta melayu 2018

Tidak mahu menjawab pertanyaan suaminya walaupun dia tahu bau apa yang melekat pada badan suaminya. Belum sempat Saifullizan ingin menjawab persoalan tadi, terdengar bunyi teguran kasar dari belakang. “ Kau mabuk, Epul?! Kau tak ubah macam mak bapak kau! Apa kena dengan kau ni Epul?